Monday, August 10, 2009

Inisiatif ADUN Bangi cegah H1N1

Atas inisiatif pusat khidmat masyarakat DUN Bangi memberi penerangan kepada orang ramai khususnya warga Bangi berkenaan wabak H1N1 telah diadakan satu program membahagikan topeng muka secara percuma di Tapak Pasar Malam Seksyen 16 Bandar Baru Bangi. Selain dari topeng muka sejumlah 500 unit, bahan risalah berkenaan H1N1, bulletin Bangi dan Suara Selangor turut diedarkan bersama. Tumpuan kepada peniaga yang menyediakan makanan dan pengunjung pasar malam.
ADUN Bangi , YB Dr. Shafie Abu Bakar yang mengetuai program tersebut turut menasihatkan orang ramai agar menjaga kebersihan diri dan sekitaran sebagai langkah awal membendung penularan virus tersebut.
Program turut disertai oleh Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi, Jaringan Siswazah Malaysia (JASA), Unit Amal Serdang, NISA Serdang dan Dewan Muslimat PAS Serdang.
Sehingga hari ini 10.08.09 26 orang telah terkorban akibat virus influenza selsema babi (H1N1). Angka kematian naik secara mendadak bila rekod kematian pesakit dirujuk. Kesan virus ini jika dilihat sama seperti selsema yang biasa dialami oleh kebanyakkan rakyat Malaysia- bersin, demam dan hilang selera makan. Ada antara mangsa cuma demam panas semalaman tetapi telah membawa maut. Mereka yang berisiko tinggi untuk mengidapnya adalah kanak-kanak dan warga tua. Kementerian Kesihatan disarankan lebih serius dan terbuka dalam menangani gejala ini.

Sunday, May 10, 2009

Bandar Baru Bangi semakin maju


Bandar Baru Bangi melangkah deras membawa arus pembangunan mengiringi kemajuan keseluruhan negeri Selangor. ADUN Bangi YB Dr Shafie telah mengadakan berbagi program khusus untuk Bangi seperti Bangi Bandar Ilmu, Bangi Bandar Bersih (3B), majlis-majlis gotong royong kebersihan, perbincangan ilmiah dan sebagainya bagi memperkasakan usaha memajukan Bangi.
Secara fizikalnya kita akan nampak betapa Bandar Baru Bangi begitu deras pembangunannya dengan kewujudan berbagai lokasi perniagaan dan perumahan. Apa yang membanggakan kita sebagai warga Bangi ialah sambutan rakyat bangi dan sekitarnya. Bial sahaja pelancaran rumah-rumah kediaman atau rumah kedai/ premis perniagaan, boleh dikatakan kebanyakan nya SOLD OUT pada hari pelancaran. Yang terkini dapat dilihat yang masih dalam pembangunan seperti Glomac berhampiran Tasik Cempaka, Seksyen 7, Seksyen 8, Seksyen 6 dan yang baru memulakan perniagaan seperti berhampiran Tasik Cempaka, Jalan Reko, Skesyen 7 dan lain-lain.




Sunday, February 15, 2009

Jelas, kenapa SPR lewatkan PK 2 Bukit

Jangan tanding jika pertikai SPR, Umno nasihati Pakatan
(Maksudnya BN Takut nak bertanding, kalau boleh PR jangan bertanding...ngeri..)
PULAU PINANG: Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pembangkang tidak perlu mempertikaikan tarikh dua pilihan raya kecil yang akan diadakan April ini kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkannya mengikut peruntukan undang-undang.
Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, keputusan itu tidak salah kerana pilihan raya tersebut diadakan dalam tempoh 60 hari selepas kerusi Parlimen Bukit Gantang dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau dikosongkan.
"Itu hak SPR untuk tentukan tarikh pilihan raya. Kalau ikut undang-undang SPR ada 60 hari untuk adakan pilihan raya bagi setiap kawasan yang dikosongkan," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Memperkenalkan Calon Majlis Tertinggi (MT) Umno kepada perwakilan Umno Pulau Pinang di sini, hari ini.
Lewat malam tadi, SPR yang dihubungi mStar Online menafikan jurang tempoh hampir dua bulan berlangsungnya pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau dipengaruhi ataupun kerana tekanan Umno dan Barisan Nasional (BN).
Sebaliknya, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omat menjelaskan, bulan Mac tidak sesuai untuk diadakan kedua-dua pilihan raya kecil berkenaan disebabkan pelbagai faktor termasuk keperluan suruhanjaya itu sendiri membuat persediaan.
Pelbagai pihak mempertikaikan penetapan tarikh pilihan raya kecil bagi kerusi Bukit Gantang dan Bukit Selambau yang diumumkan oleh SPR kelmarin.
Semalam, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Salahuddin Ayub berkata, keputusan SPR mengadakan pilihan raya kecil bagi dua kawasan itu secara serentak pada 7 April ini dilihat sebagai meragukan kerana mengambil masa yang lama.
Beliau turut mendakwa cadangan mengenai tarikh berkenaan adalah atas desakan pimpinan Barisan Nasional (BN) khususnya Umno yang akan mengadakan pemilihan parti pada akhir Mac ini.
Muhyiddin berkata, jika tidak berpuas hati dengan keputusan SPR itu, pembangkang boleh mengambil sebarang tindakan termasuk tidak bertanding pada kedua-dua pilihan raya itu.
"Kalau pembangkang pertikai terpulang kepada mereka. Kalau tak nak bertanding pun terpulang kepada mereka. Kalau mereka tidak bertanding BN boleh menang tanpa bertanding," katanya.
Beliau berkata, BN tidak pernah mempertikai sebarang keputusan yang ditetapkan oleh SPR termasuk tarikh pilihan raya (Sebab SPR memang satu selera dengan BN apa nak diungkitkan).
SPR menetapkan hari penamaan calon pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang di Perak dan kerusi Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Bukit Selambau pada 29 Mac dan jika ada pertandingan di kedua-dua kerusi itu, pengundian pada 7 April.
Kerusi Bukit Gantang kosong ekoran kematian penyandangnya, Roslan Shaharum, daripada PAS pada 9 April akibat diserang sakit jantung manakala kerusi Bukit Selambau dikosongkan oleh V. Arumugam daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang meletak jawatan.Mengulas mengenai tarikh penamaan calon yang diadakan sehari selepas Perhimpunan Agung Umno, Muhyiddin berkata, pembangkang tidak perlu buruk sangka terhadap Umno kerana perkara yang berlaku itu hanya kebetulan

Sedekah Al Faatihah untuk Allahyarham Tarudin

Bapa Siti Nurhaliza meninggal dunia
KUALA LUMPUR: Bapa kepada penyanyi terkenal tanah air, Datuk Siti Nurhaliza, Taruddin Ismail, meninggal dunia kerana sakit jantung di Hospital Ampang Puteri, Ampang pada jam 10.40 pagi ini. Taruddin menjalani pembedahan jantung tiga hari lalu.

Yang taajub hari ini


1. Kemana hilangnya 3 ADUN Perak yang menkhianati amanah rakyat hingga kini
2. DS Nizar dan Exconya hadir majlis santapan DiRaja walaupun disingkir
3. Nama Zamri hilang, tidak disenaraikan dalam sebutan pengumuman VIP
4. Dekoder menonton TV2 mesti dibeli dengan harga antara RM200 - RM300 (kayo pembekal dekoder)
5. Ir Nizar bergegas ke Masjid Ubudiah untuk imamkan solat


6. Baginda Sultan Selangor seolah-olah beri amaran, kejadian rampasan di Perak jangan bawa ke Selangor
7. Media Perdana masih berdendang lagu derhaka, biadap..walaupun kena hidung sendiri
8. MB rampasan kuasa Zamri bakal ditangkap dan dihadapkan ke jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN
9. SPR menanggguhan begitu lama PK sehinggan April keranamu BN
10. Sivarasa dan Gobala dinafikan hak sebagai warganegara Malaysia bila dilarang memasuki Sarawak
11. Aksi berpeluk, bercium, saling mengurut sambil bergelak ketawa seolah-olah menjadi senario biasa di kawasan rekreasi di pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan itu depan masjid Putrajaya

12. dll

Saturday, February 14, 2009

Petang ini ke Taman Kajang Mewah


Datang ramai-ramai malam esok

Mungkin kita berpeluang mengetahui beberapa tips berkenaan politik semasa. Jadi jom pakat ramai-ramai datang. Kita diberitahu pada hari yang sama ditempat yang sama cuma waktunya lebih awal sekitar jam 12.00 tengahari sehingga 2.00 petang ada jamuan kesyukuran dari Pers. Anak Terengganu . Dijemput sekali juga untuk semua hadir